Haiwan di Berlin Animal Park diberi layanan istimewa

Haiwan di Berlin Animal Park diberi layanan istimewa

Masih lagi di jerman. Pelbagai inisiatif diambil bagi mengurangkan rasa panas. Di Berlin Animal Park di jerman, haiwan-haiwan di sana diberi layanan yang cukup istimewa oleh pihak pengurusan. Seperti yang dapat anda saksikan sekarang ini, beruang kutub bernama Tonja ini dihidangkan dengan buah-buahan bersalut ais batu. Aksi ini pastinya menarik perhatian pengunjung yang hadir. Bagi kumpulan gajah pula, haiwan ini dimandikan beberapa kali sehari dan dihidang dengan buah epal. Selain Jerman, antara negara Eropah lain yang menerima kesan gelombang haba adalah Sepanyol, Portugal dan Switzerland.

Loading...
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==