Mangsa kedua insiden lemas di Pantai Teluk Kalong ditemui

Mangsa kedua insiden lemas di Pantai Teluk Kalong ditemui


KEMAMAN: Mangsa kedua insiden tiga pelajar IPT yang lemas di Pantai Teluk Kalong Kemaman pada Khamis ditemui pagi ini.

Mayat Ahmad Daniel Firdaus Zubir, 19, ditemukan jam 5:20 pagi tadi .

Mangsa  ditemui terdampar di pesisir pantai pada jarak kira kira 100 meter dari lokasi  mangsa pertama ditemui pada Jumaat.

Pengecaman mayat dibuat oleh keluarga mangsa.

Jenazah kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian jam 6.30 petang Khamis itu, Ahmad Daniel Firdaus Zubir, penuntut MSU, bersama dua lagi rakannya, penuntut IPTS, Khairil Ikmal Danial Zamzuradi dan Shahir Aqil Shahrun, yang kesemuanya berusia 19 tahun lemas dihanyutkan  arus deras ketika mandi bersama empat rakan lain.

Mangsa pertama, Shahir Aqil Shahrun ditemui terdampar kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada jam 4.30 pagi Jumaat.

Operasi mencari dan menyelamat yang masuk hari ketiga membabitkan lebih lima puluh anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, polis dan penduduk kampung.

Loading...
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==