Resepi Pupur dari Kabinet Dapur yang MESTI Anda Cuba!

Bahan semula jadi yang ada di sekitarmu jua boleh dijadikan bahan untuk membuat pupur wajah. Ini resepi pupur yang boleh dihasilkan daripada bahan yang sedia ada di kabinet dapur.


Pupur Lobak Merah Anti-penuaan

Lobak merah kaya dengan vitamin A yang berkesan menentang tanda-tanda penuaan pada wajah seperti timbulnya garis-garis halus, kedutan kecil pada wajah dan sebagainya.

Bahan-bahan:

Sebiji lobak merah
Satu sudu minyak almond
Lima titis minyak essential bunga jasmin

Cara-cara:

Parut lobak merah dan perah airnya. Kemudian, gaulkan dengan satu sudu minyak almond dan lima titis minyak essential bunga jasmin. Lekapkan campuran pupur yang telah sebati tadi pada wajah dan biarkan selama 10 hingga 15 minit.

Setelah itu, bersihkan wajah dengan air suam, keringkan dan sapu pelembap pada wajahmu.


Pupur Kentang Atasi Jerawat

Selain bermanfaat untuk pemakanan, kentang juga menyumbang dalam amalan kecantikan. Kentang kaya dengan potassium, vitamin C, vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.

Bahan-bahan:
- Sebiji kentang

Cara-cara: 
Hiris kentang yang telah dibasuh nipis-nipis dan lekapkan pada wajah. Tekan sedikit hirisan kentang pada bahagian yang terdapat jerawat. Biarkan hirisan kentang tersebut sehingga kering pada wajah. Kemudian, bilas wajah dengan air suam dan lap dengan tuala kering yang bersih.


Pupur Pisang untuk Kulit dan Rambutmu

Pisang mengandungi pelbagai khasiat seperti vitamin A, B Kompleks dan C. Selain sebagai pupur pelembap wajah, ia juga boleh dijadikan pupur untuk rambutmu.

Bahan-bahan:

Tiga biji pisang masak ranum
2 sudu minyak zaitun

Cara-cara: 

Lenyekkan pisang bersama minyak zaitun dan gaulkan hingga sebati. Kemudian tempelkan pada wajah, elakkan kawasan sekitar bahagian mata. Biarkan selama beberapa minit. Setelah kering, bilas wajah, keringkan dan wap selama lima minit.


Loading...
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==