Sering terpalit dengan gosip cinta, penyanyi Wani Kayrie, 18, mahu membuktikan kebolehannya dalam bidang nyanyian di pentas program realiti Big Stage.
Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah berkata, dia mahu bakatnya dilihat orang ramai berbanding gosip yang melanda dirinya.
Sebelum ini, Wani pernah dikaitkan dengan beberapa individu termasuklah pemain bola sepak terkenal.
"Saya akui sebelum ini ada beberapa gosip yang melanda dan orang lebih mengenali saya menerusi perkara terbabit.
"Menerusi Big Stage, saya mahu membuktikan kebolehan serta bakat yang ada dalam bidang nyanyian.
"Setakat ini, saya merasakan banyak lagi perkara yang belum saya pelajari dan saya mahu terus belajar benda baru agar dapat menjadi penghibur yang berkualiti," kata Wani.
Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan lapan bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.
Selain Wani, Big Stage turut disertai oleh Tajul, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan, Ariff Bahran, Baby Shima, Sissy Imann dan Sarah Suhairi.
Rancangan Big Stage ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!
Foto: Instagram Wani
Loading...